Jump to ratings and reviews
Rate this book

Knowledge for What: The Place of Social Science in American Culture

Rate this book
Foreword ix; I. Social Science in Crisis 1; II. The Concept of "Culture" 11; III. The Pattern of American Culture 54; IV. The Social Sciences as Tools 114; V. Values and the Social Sciences 180; VI. Some Outrageous Hypotheses 202; Index 251

Originally published in 1939.

The Princeton Legacy Library uses the latest print-on-demand technology to again make available previously out-of-print books from the distinguished backlist of Princeton University Press. These editions preserve the original texts of these important books while presenting them in durable paperback and hardcover editions. The goal of the Princeton Legacy Library is to vastly increase access to the rich scholarly heritage found in the thousands of books published by Princeton University Press since its founding in 1905.

268 pages, Hardcover

First published May 21, 1939

68 people want to read

About the author

Robert Staughton Lynd

13 books4 followers
Robert Staughton Lynd was an American sociologist and professor at Columbia University, New York City. Robert and his wife Helen Lynd are best known for writing the groundbreaking "Middletown" studies of Muncie, Indiana - Middletown: A Study in Contemporary American Culture (1929) and Middletown in Transition (1937), which are classics of American sociology. Muncie was the first community to be systematically examined by sociologists in the United States.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (62%)
4 stars
2 (25%)
3 stars
1 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Syed Zulfaqar.
13 reviews3 followers
Read
October 30, 2016
Buku ini sudah tua umurnya. Ia dicetak kali pertama pada tahun 1939, tahun dimana terang penulis Hitler dengan doktrin nazisme-nya mula mencabar keseimbangan kuasa dunia dan paluan gendang peperangan semakin kuat kedengaran. Robert S. Lynd muncul ditengah komuniti saintis sains sosial di Amerika dengan hasrat untuk memposisikan kembali tempat letak sains sosial dan peranan yang patut dimainkannya di tengah hiruk pikuk budaya masyarakat.

Budaya (Institusi) dan Individu

Di dalam buku ini Lynd bermula dengan menyelar sikap ilmuan yang mengabaikan perannya dalam masyarakat khususnya kepada ilmuan-ilmuan didalam bidang sains sosial. Jika sains sosial itu merupakan suatu ilmu yang mengkaji budaya masyarakat, mengapa kerap kali hasil kajian mereka tidak dapat berperanan secara langsung untuk menyelesaikan permasalahan mereka. Fenomena ilmuan yang terasing dari masyarakat ini hujah Lynd berpunca dari konsepsi tentang budaya (culture) yang tidak menyeluruh. Perbincangan dalam sains sosial di Amerika khususnya dilihat Lynd berlegar dalam aspek budaya (culture) yang palsu (artififcial) sehingga melupakan komponen penting dan asasi yang membentuk budaya itu iaitu individu atau manusia itu sendiri. Maka sibuklah para saintis sains sosial membincangkan budaya dalam erti kata institusi dimana individu-individu didalammya tidak lebih daripada agen-agen pasif yang bergantung kepada institusi mana dia berada. Hal ini kata Lynd bertentangan dengan matlamat ilmu sains social itu sendiri. Jika sains social dipelajari dengan tujuan mengkaji dan memahami budaya masyarakat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannnya dengan tujuan untuk menambahbaik kehidupan bermasyarakat, konsepsi budaya yang dipegang tadi bertentangan langsung dengan tujuan ilmu itu. Konsepsi ini menggalakkan (1) “theoretical inbreeding” dan (2) menafikan individu sebagai aktor aktif yang membentuk sesuatu budaya. Akhirnya dan paling malang ia akan (3) gagal untuk memberi bakti, khidmat, dan alternatif budaya yang terbaik bagi masyarakat.

(1) Theoretical inbereeding berlaku atas sebab “lacking [of] vital interrupting thrust of close contact with individual behavior around the institution in question”. Ini menyebabkan sesuatu institusi atau budaya itu dikaji dengan dikembangkan bukan dengan pendefinisian semula. Hal ini menyebabkan saintis social terdedah kepada penerimaan sesuatu fenomena sebagai fakta dan hasil daripada susunan semulajadi. Hipotesis-hipotesis alternative pula tidak mendapat galakan. Persaingan (competition) misalnya diterima tanpa soal dan acap kali perbincangan sains social telah membelakangkan misalnya persoalan kos manusia yang terpaksa ditanggung walhasil daripada operasi persaingan dalam ekonomi kita (37). Jika kita tak mengambil endah kesan dan perasaan manusia tentang sistem persaingan yang wujud, bagaimana kita akan mampu untuk mengusulkan satu bentuk interaksi yang lebih positif dan baik buat masyarakat. Pengasingan individu dari sistem budaya yang dikaji adalah bahaya dan bertentangan dengan matlamat sains social.
(2) Menyampingkan peran individu dalam mengkaji sebuah kebudayaan seolah memberikan satu telahan bahawa sesuatu budaya itu bergerak dan terjadi dengan sendiri. Hal ini sangat merbahaya kerana ia mengakibatkan salah letak tempat budaya itu dalam kehidupan manusia iaitu sebagai satu alat bagi manusia merealisasikan keperluan-keperluannya. Justeru apabila sesuatu budaya itu mahu dinilai tidak cukup sekadar kita katakan bahawa tren budaya itu berubah, bergerak dan merudum tetapi budaya itu pada hakikatnya telah diubah, digerakkan, dan dirudumkan, oleh manusia (25, 38). Jadi apa-apa sistem atau corak budaya hanyalah alat untuk mencapai kemaslahatan manusia. Alat acap kali menjadi tujuan apabila manusia dikeluarkan dari jalan kiranya.
(3) Poin (1) dan (2) memberikan maksud sebenar kepada konsep budaya. Hanya dengan konsepsi inilah sains sosial akan mampu menyempurnakan tugasnya untuk memenuhi keperluan manusia. Justeru sesuatu budaya itu perlu dikaji dengan kritikal, terus dicabar kerana kalau ianya tidak memenuhi keperluan manusia, adakah masih relevan untuk dilihat dan dikaji tren dan perubahannya. Perbincangan perlu menjurus kepada mencari budaya yang terbaik buat masyarakat bukan sekadar mengkaji budaya itu sebagai budaya itu sendiri.
Jadi kata Lynd, “memahami institusi ataupun masalah social mestilah berdasarkan kepada analisis tentang apakah makna istitusi-instiusi dan masalah-masalah ini khusus kepada golongan-golongan yang berbeza-beza tarafnya, bagaimana ianya dilihat dan dirasai oleh mereka serta bagaimanakah mereka menggunakannya”. (25)

Justeru, apabila membincangkan masalah gaji pekerja misalnya, tidak cukup hanya dengan diutarakan teori gaji yang terbaik bagi sesebuah syarikat. Perlu ditanya apakah makna gaji itu kepada pekerja, bagaimana mereka melihat dan merasai gaji mereka serta bagaimana mereka menggunakannya. Semua persoalan ini penting bagi menyimpulkan satu analisis yang menyeluruh tentang permasalahan gaji pekerja.

Ilmu tentang apapun?

Lynd dalam buku ini juga mengkritik pandangan bahawa tambahan ilmu tentang apapun adalah kembara yang mulia dan tiada siapa yang boleh menentukan dengan pasti bahawa satu data itu lebih penting dari yang lain. Kata Lynd tidak cukup untuk kita katakan bahawa data-data ini berbaloi untuk dikumpulkan. Persoalannya, berbaloi untuk apa? Ramai yang menulis tesis dan disertasi tanpa bertanyakan pada diri mereka, apakah yang akan dilakukan dengan semua pengetahuan yang ditulis ini? Jika sains sosial diukur melalui kemampuannya membantu manusia menyelesaikan masalahnya, menghujani mereka dengan ilmu-ilmu yang tidak diketahui tujuannya untuk apa hanya sekadar menambahkan masalah yang sedia ada (132). Berbaloi kiranya saya petik panjang kata Lynd tentang bidang Sejarah:

"Only in a highly artificial and academic sense do we need the history of everything. What we do need from the past is the selection of some things, seen in relation to other relevant some things in the past, and the whole analyzed for their relevance to specific broad and narrow some things pertinent to vital current decision."(137)

Menentang fenomena lambat laun

Tunggu dan lihat adalah polisi alam dan bukan polisi sains kata Lynd. Sains mengakaji dan mendalami alam, mengeluarkan inferens kemudian mengimplementasikan tindakan. (166) Lynd utarakan dalam bab terakhir buku ini 12 hipotesis buat sains social. Salah satunya ialah kita tidak boleh hanya mengharapkan pendidikan untuk lambat laun menyelesaikan masalahh-masalah kita. Jika kita beranggapan sebegini pendidikan bagi kita adalah satu unit bebas yang akan membawa kita pada satu pengakhiran sempurna. Masalahnya, dalam budaya sekarang yang semakin dihimpit dan dikawal sebahagian kecil mereka yang berkuasa dan lebih sumber, kecenderungan pendidikan untuk dipaksakan bagi memenuhi kehendak golongan ini pun semakin meningkat.
Jadi kita perlu bertindak aktif, bukan sekadar tunggu dan lihat. Kita perlu menyediakan struktur dalam masyarakat yang berkesan kearah satu tujuan yang manusia ingini. Hanya apabila budaya masyarakat mendapat strukuturnya yang baik barulah elemen perubahan sekunder seperti pendidikan dapat mengambil tempatnya yang sebenar dalam mengislah masyarakat. Contohnya, jika kita mahu membentuk pelajar yang cakna akan masyarakatnya, kita tidak boleh hanya sekadar membiarkan pendidikan yang lambat laun akan membentuk mereka. Kita perlu sediakan satu system dan ruang yang akan menyuburkan lagi sifat ini, membina sekolah misalnya. Sekolah ini pula perlu ada autonomi dan dibebaskan dari pengaruh segelintir yang mempunyai kehendak sebaliknya dari tujuan yang kita ingini. Hanya setelah sistem dan ruang ini tersedia, pendidikan dapat mengambil tempatnya untuk mendidik mereka kearah tujuan yang kita ingini.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.