Jiwanya mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih dari perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergiaan ibu tercinta membuatkan airmatanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Usu dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez dari dirinya yang sepi.
“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz! Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini. Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!” - Nur Syaima
Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya. Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja. Malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri. Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Mahu tidak mahu, Syed Ahmad Budriz sanggup menerima cercaan dan maki hamun keluarganya kerana dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah. Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati.
“Abang minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz
Ada darah yang perlu dijaga, ada hati yang perlu bernafas dengan cinta, ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagian?
Walaupun buku ni dah lama, tapi baru berpeluang baca sekarang. CERITA NI MEMANG BEST. Saya dah lama tak rasa spark membaca romance novel selepas karya arwah Melur Jelita. Tapi novel ni, kembalikan semula mood membaca novel cinta. Memang kena dengan jiwa dan emosi saya. Cukup rencah dan terasa real.
Baru kenal Rehan Makhtar, dan ini novel pertama beliau yang saya nak cuba. Pada mulanya saya sangka novel ini tipikal lelaki soft spoken yang tertindas, heroin yang minta pelempang.
No. Saya silap.
Permulaan cerita ni, saya dah dapat terus masuk dalam karakter Syaima. Walaupun dia memang tahap kurang ajar tak boleh bawa bincang, entah kenapa saya dapt relate dengan diri dia. Dapat menjiwai terus watak dia. Dia memang patut jadi macam tu!
Budriz pula, penulis berjaya buat watak dia lelaki yang ada baik buruknya. Saya tak tahu nak describe macam mana, sebab takut jadi spoiler. Siapa yang baca, pasti tahu apa maksud saya dengan sifat Budriz. Saya dah jatuh cinta dengan karakter Budriz T.T
Hati saya sangat tersentuh cara Budriz sentuh hati isteri dia untuk padamkan dendam tu. Saya suka sangat dengan penulisan Rehan Makhtar. Dialog yang ditulis tidak hambar dan cringe, malah berjaya sentuh hati saya juga.
Novel yang tebal ni saya boleh habiskan sehari lebih je. Kdg2 novel yang cuma 300/400 mukasurat pun susah saya nak habiskan kalau tak kena dengan jiwa.
Perasaan baca penulisan Rehan seperti membaca penulisan Melur Jelita. Mampu jentik hati saya. Penulisan yang tidak kosong dan tidak pula ‘terlebih’ isinya, santai dan tidak beria.
Saya susah nak suka penulisan seseorang, tapi selepas baca cerita ni, saya yakin novel-novel penulis yang lain pun akan berjaya buat saya tak boleh move on.
Cuma, ada beberapa scene yang bagi saya agak mengelirukan dan buat saya pening tapi masih tak menganggu keseluruhan kisah cinta Budriz dan Syaima.
Ya Allah meleret²... dah² la tu. Apalah banyak sangat noooo konfliks. Korang ni bermasalah sangat ke sampai 360 darjah ada jela issue. Adoii 💆♀️💆♀️💆♀️
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Seperti Terlerai Kasih, Suami Tak Kuhadap penuh dengan drama dan air mata. In fact, N rasa semua emosi ada dalam buku ni.
Penulisan Rehan Makhtar tak pernah mengecewakan. Terus terang, N kurang suka dengan watak Syai yang sangat kasar (she has the social skill of a hyena). Watak dia memang menguji kesabaran N. Nasib baiklah Budriz tu penyabar orangnya.
Pada pendapat N, apa yang cuba dihilightkan oleh penulis adalah perasaan dendam, benci, dan ketidak redaan akan membuat kita rasa jauh dari rahmat Yang Maha Esa. Walaupun kita bersolat, tapi tak mengamalkan sifat kemaafan, diri kita tak akan tenang.
Syai seorang gadis yang penuh dengan rasa dendam dan amarah pada ayah dan keluarga tirinya. Dirinya terasa terasing sedangkan mereka yang dibenci olehnya cuba membawanya kembali ke pangkuan keluarga. Kasih sayang yang cuba mereka hulurkan pada Syai ditolak mentah-mentah.
Budriz, lelaki yang amat dibenci oleh Syai sejak di bangku sekolah cuba membawa Syai kembali ke pangkuan keluarga. Hati Syai yang keruh cuba dia jernihkan dengan rasa kasih sayang. Biarlah dirinya diherdik dan dimaki oleh Syai. Api tak boleh dilawan dengan api.
Selepas mereka terpaksa dikahwinkan, Budriz mendidik Syai untuk menerima segala yang berlaku dalam hidup sebagai ketentuan Ilahi. Sebagai umat beragama Islam, kita perlu percaya pada Rukun Iman keenam - percaya kepada Qada dan Qadar. Kasih sayang Budriz pada Syai membuka hati Syai untuk menerima Budriz sebagai suami. Pada masa yang sama, Syai juga belajar untuk menerima ayah dan ibu tirinya.
Rumah tangga mereka walaupun bahagia tak direstui oleh nenda Budriz yang terlalu takbur dalam menjaga keturunan. Ditambah pula dengan bekas teman lelaki Syai, Faez yang mengeruhkan keadaan dengan menabur fitnah. Nenda Budriz lebih nekad untuk memisahkan Budriz dan Syai. Gadis liar seperti Syai tak layak diangkat sebagai menantu cucu!
ohhmaiii.... Stk... cukup rencah dlm bacaan... sakit hati, marah, benci, sayang semua cukup... ohhh... cam ne nak review ye.. macam2 rasa ada... sesungguhnya... kalian x kan rugi kalau beli dan baca STK ni... tahniah buat rehan makhtar... betapa sakit hatinya membaca kala nenda asyik memikirkan darjat dan pangkat... huh... sungguh mencalar emosi... walaupun syaima kelihatan sangat kurang ajar & sanagt beku.. tapi jgn salahkan dia... takdir yg menyebabkan dia menjadi sebegitu... dan hanya sayang dan cinta budriz yg boleh menghidupkan syaima kembali... huhuhuhu... pening2 nak karang ayat tuk review nie... sesungguhnya aku bukan seorang novelis... so ayat berterabur la ek... kikikikiki... to u all... baca dgn hati & menilai dgn akal... sesungguhnya sesuatu itu telah ditakdirkan... tabah, redha, pasrah, menyerah... semua itu pilihan kita... selamat membaca to all of you... have a gud day...
Penulis betul2 excel dalam melakarkan rasa dan jiwa Nur Syaima. Segala dendam, amarah, sesalan, redha, kasih diintipatikan dalam Suami Tak Ku Hadap.....
CUMA....(for me) tumpuan penulis untuk jiwa Syai terlalu melelahkan....
Took me a couple of months for habiskan buku ni sebab asyik baca sikit sikit.
Budriz.Lelaki ni sumpah penyabar gila,and rasanya tak wujud lelaki macam ni kat real life ni.dah kena maki dengan wife, kena simbah air kat public,wife angkat tangan berkali kali but still dia tetap sayangkan syai
Syai.Selak je muka surat pertama aku dah tak suka dengan perangai dia yang susah nak terima takdir hidup.Perempuan yang susah terima takdir hidup,hidup dia di penuhi dengan dendam kesumat sebabkan kisah silam dia but lama lama Budriz berjaya juga lembutkan hati batu syai
one of the most recommended books!! it contains a lot of morals and one of it is kita kena terima semua takdir hidup even pahit macam mana pun sebab at the end of the day pahit itula yang akan datangkan 1001 kemanisan🦋
4* on the story. 3.5* for Budriz. 1* for Syaima. Benci sebenci bencinya. Rindu serindu rindunya. Cinta..sedalam lautan luas.. Dimana letaknya sempadan tu hingga tiada ruang untuk berfikir dengan tenang dan damai..objective or subjective depending on the person whose reading this.
Nukilan yg baik seperti biasa dari author yg sering bermain dengan emosi. Sayangnya saya terlalu letih dengan watak Syai.
Sendiri berdendam, tapi diri sendiri terjerat dengan perangkap Budriz. Kedegilan ditahap obtuse. Sendiri cari masalah, sendiri cari jalan keluar walaupun ada jalan yg lebih baik untuk diterokai. Bila bahagia datang menjengah, dengan segala ugutan, kebencian yg dihadapkan kepada dirinya, dia lupa untuk berasa bersyukur dan redha. Nekad demi kebahagian orang lain..laughable bila mengharap dipujuk dan meminta kesetiaan yg dah lama sedia ada..sendiri yg melepaskan dan merelakan..kenapa harus menderita sedangkan sendiri yg meminta..yg lebih buat saya naik angin adalah dia harapkan Budriz melalui dan merasakan penderitaan yg dilaluinya..hello! u asked for it. U want something, work for it. Not just give up when time gets tough or rough.
Tak suka ngan sikap Syai yg suka main tarik tali berlebihan ni. Tahu nak tuding jari je. Kalau begini sikapnya, dengan siapa pun dia bersama, dia tak akan pernah rasa bahagia. Budriz no matter how romantic and sweet, not man enough to me. hmmm..
Bila ada kebaikan, tak banyak yg boleh orang ingat. Tapi sekali salah rasa seperti dihukum seumur hidup. Sebab kita manusia yg banyak khilaf. That is why Allah is great. He always find goodness in all of His Creations walaupun sebesar hama saja.
ini adalah naskah kedua penulis yang saya baca selepas terlerai kasih...
seperti biasa, saya amat menyenangi penulis RM yg digarap dan diolah dengan baik jalan ceritanya.
DENDAM, bila sudah sebati dalam diri, seolah-olah dijadikan tujuan untuk hidup. Syaima yg hidup dalam kekurangan kasih ayah, ibunya pula meninggal dunia, membuatkan dia terumbang ambing. Keadaan makin memburuk bila ayahnya berkahwin lain dengan Jalina yang sudah mempunyai seorang anak, Budriz.
Budriz - pertama kali mata terpandang wajah Syaima, hati sudah terpaut. Mula menanam rasa cinta. Bertahun memendam kasih, akhirnya dia nekad. Walauapapun, Syaima akan tetap menjadi miliknya. Biarlah kebencian itu setinggi langit, rasa marah seumpama air dilautan, dia yakin, cinta Syaima tetap ada untuk dia. Dia tahu, dalam hati Syaima, terselit rasa cinta untuknya. Semuanya dia tempuhi dengan sabar walaupun kerapkali Syaima memintakan perpisahan.
Syaima - ikatan ini terjadi dengan dusta. Maruah terasa diinjak dengan cara paling hina. Dia cuba lari dan pergi. tapi entah kenapa keadaan seakan sukar. apatah lagi untuk pergi dari dia. Lalu, dia cuba membuka sedikit pintu kasih itu untuk Budriz. Namun mengapa tatkala pintu hati terbuka luas, ada yg datang menghalang?
Penyampaian Rehan Makhtar dalam bercerita memang tak dapat disangkal lagi.Penulis yang ada kelasnya tersendiri.
Budrizz jatuh cinta dengan adik tirinya sendiri, Syai. Budrizz yang pasang perangkap. Syai mangsa yang tersepit, dibawa ke sangkar perkahwinan. Benci. Dendam kesumat. Syai bina tembok antara dirinya dengan Budrizz, si suami tak dihadapnya. Namun, tembok yang disangka kukuh, akhirnya runtuh. Syai mula belajar erti bahagia. Daripada rasa terkurung, dia rasa bebas berterbangan. Dalam meniti bahagia, dugaan pula datang melanda. Penamatnya. Baik Budrizz dan Syai, mereka tak lagi terkurung. Sudah mampu terbang bebas bersama-sama. Menjadi seorang Syaima amat memenatkan. Penat dengan segala macam karenah di sekeliling. Dan rasa penat itu tempias sampai ke si pembaca. Jika dapat diumpamakanlah, si Syai ialah si burung helang yang patah kaki dan sayapnya. Menakutkan, tapi tiada daya melawan. Dan Budrizz. Dia ialah si burung Murai yang tak henti-henti bercakap. Sampai ada waktu kau rasa nak diamkan dia dengan sebilah pisau. Err... aaa... umm...aaaa... Sekian.
Buku ni bagi too much feelings to me. Jalan cerita yang menarik tapi seksa betul perasaan nak habiskan sebab bila part happy je mesti ada part sedih. Lagi lagi dengan nenda Budriz yang tak habis habis dengan darah keturunan. Geram pun ada.
And agak kurang minat dengan cara Budriz ambil Syaima jadi isteri dia. On that part, jujur aku fikir Budriz ni red flag for me. Tapi after jadi wife and husband, slow slow Syaima dapat tahu kejadian sebenar, kenapa dan mengapa benda tu semua terjadi dah terlerai. And how? Cara Budriz yang sentiasa nasihat Syaima. Anything dia akan dahulukan Syaima. Tanpa ragu ragu dia tetap percayakan Syaima.
Ingatkan bila dah bahagia dua dua, tapi ofc lah akan ada conflict baru datang. Lepas satu, satu Syaima and Budriz kena hadap. Even dah nak dekat habis pun, still ada conflict. Nak menangis pun ada. Dalam sedih, mestilah ada juga part sweet yang buatkan aku blushing HAHAHA
Hati, apabila membenci dan berdendam selama 10 tahun. Hati itu menjadi mati, keras, tiada rasa. itu yang terjadi dengan hati seorang Nur Syaima.
Syai, hidupnya berteraskan dendam dan benci dengan keluarga bahagia ayahnya. sampai lupa apa itu sayang, sampai lupa apa itu kasih. 10 tahun dia melarikan diri dari mereka, dan sampai satu masa terjumpa pula si abang tiri, Syed Budriz. Syai, bila dah merasa kasih dan sayang seorang Riz, lentur semuanya tapi datang pula dugaan dengan Nenda Riz.
Budriz, mencari adik tirinya selama 10 tahun. tak tahu mana kesabaran dia cari. bila dah berjumpa tu, mestilah gembira. tapi disimbah pula dengan air aihhh 😔 cara Riz untuk kahwin dengan Syai sangat red! tapi, itu jelah cara untuk make Syai stay. bila dah kahwin tu, eh kita pun ikut terlentur sekali tau! sweet dia, masyaallah. kita pun rasa nak kahwin kalau dapat laki gini 😤
saya tak berapa suka tropenya, sebab macam... uhhhh, no. Plotnya macam drama tv3 tapi disebabkan writing style yang masuk dengan tekak, bisa buat saya nangis meraung saya teruskan perjalanan dan sangat tidak sia sia. cumanya nak cakap, banyak betul lawak laki bini dalam buku ni 😭 tapi macam seimbang dengan ayat ayat yang menginsafkan kita. lepastu banyak juga ayat macam 'tangan ini..' 'hati ini..' agak mengganggu sebab perkataan 'ini' tu banyak sangat hshs tapi saya tetap love karya-karya kak rehan.
Hargailah keluarga semasa mereka masih Ada.. Kita hanya Ada satu Sahaja 'Mereka yang tidak Akan sama Dengan orang lain’... – FB Heliza Helmi
Kita hanya ada satu ayah dan satu ibu sahaja dalam hidup..tak kira siapa mereka…
Kisah ini agak berat dengan drama airmata..perasaan geram, benci, manis bercampur baur. GERAM dengan Syaima yang sering menyalahkan takdir..bersikap kurang ajar..dan sering membuat keputusan terburu-buru. GERAM dengan nenda Budriz yang bongkak dengan darjat dunia. SEDIH apabila bapa Syaima yang bertahun-tahun dibelenggu rasa bersalah atas keputusan orang lain. SEDIH dengan penderitaan Syaima dan arwah ibunya.SEDIH apabila Umi sanggup berkorban demi kehendak bondanya. BENCI pada Faez yang pengecut dan sikap pentingkan diri dan MANIS dengan sikap Budriz dan bondanya serta umi yang sangat penyabar dan penyanyang.
Apa yang penulis mahu tekankan dalam kisah ini..DENDAM akan merosakkan hati..jiwa takkan tenang dan jauh dari nikmatNya..bersabarlah menempuh ujian dariNya…berlapang dada menerima takdir yang tertulis buat kita, jangan bersangka buruk padaNya… ikhlaskan hati memberi kemaafan…dan pangkat dan darjat hanya hiasan dunia…
“Allah tidak akan menguji kemampuan hambaNya melainkan dengan apa yang termampu dihadapi oleh hambaNya”
Sepuluh tahun Syaima membawa diri jauh dari bapanya setelah kematian ibunya..tanpa mahu mendengar penjelasan sebenar. Syaima menyimpan dendam pada Budriz dan bondanya..kerana baginya, mereka adalah perampas yang meragut kebahagiannya..Syaima menerima Faez sebagai kekasihnya..tidak sepenuh hati, hanya untuk menemani kesunyiannya.. dan sepuluh tahun juga Budriz cuba menjejaki Syaima..perasaannya pada Syaima sangat dalam, bukan sebagai adik tirinya tetapi sebagai perempuan yang sangat dicintai..didambai untuk menemani selama hidupnya. Tetapi, cara Budriz mendapatkan Syaima..salah sama sekali. Budriz memfitnah dan mengugut Faez.. Faez yang pengecut melepaskan Syaima bulat-bulat..Namun hati Syaima sudah lama mati.. pujukkan Budriz dibalas dengan maki hamun..dan hanya satu jalan sahaja yang Budriz nampak untuk mengikat Syaima..beritahu semua orang bahawa mereka terlanjur dan Syaima hamil. Mereka disatukan.. Budriz sabar melayan sikap Syaima yang penuh dendam kesumat..dalam masa yang sama, Budriz juga perlu meyakinkan nendanya yang terlalu mementingkan darjat dan keturunan..Dalam pada keadaan masih keruh, Faez tiba-tiba hadir melempar fitnah untuk membalas perbuatan Budriz dan ingin merampas semula Syaima.
**demi penghujung cerita...diriku nekad untuk berjaga semalaman, namun terlelap juga..ketika hampir subuh dan mukasurat berbaki 3 helai...hehe
- hero sangat penyabar , setia plus gatal ya 😂 - heroin nak balas dendam + sejenis panas (kurang ajar) awalnya pastu bila dah berubah lebih baik , asyik mengalah je & sanggup berkorban🥺 - awal2 start aku dah nangis pastu happy sekejap pastu nangis balik hm - pain tapi for me puas hati - qadr pasal konflik mertua tapi budriz pulak konflik nenek yg pentingkan keturunan syed-syarifah - banyak motivasi yg dapat dari novel ni aaaa nak budriz ikat tepi satuuu 😭
Syaima hidup dengan penuh dendam & kebencian. Sebabkan tu Syai ni langsung tak rasa happy. Perginya ibu tercinta menghadap ilahu buat air mata Syai kering & tak menitis dah☹️ Bagi Syai ibu & dia tak bahagia tak lain tak bukan sebab Budriz & Makcik Jalina. Syai rasa doranglah punca ayah tinggalkan dorang then pergi ke Budriz dan Bonda😣Benci seorang Syaima jangan dibuat main. Ad ingat level benci dia level 1 je tapi silap. Buku RM ingat biasa-biasa ke😫 Level benci Syai dekat dorang maximum tau. Tersangat benci😡
Hati Syai macam 🪨 untuk Budriz lembutkan. Jadi Budriz nekad nak kahwin dengan Syai dengan cara perangkap Syai. Rupanya Budriz dah lama sayangkan Syai lebih dari seorang adik👀 Budriz lepas kahwin lain macam tau😮💨 betul-betul tekad tau member tu nak siram Syai dengan kasih sayang & keikhlasan katanya🤪 tapi Ad yg terkena tempias kasih sayang tu eh🙈Lepas kahwin Budriz kena hadap pula dengan Nenda yg lebih pentingkan darah keturunan😌
Apa yg jadi sebenarnya? apa menyebabkan Syai benci Budriz & Bonda? kenapa ayah Syai tinggalkan Syai & ibu dia? 🤐Overall, Ad SUKA BUDRIZ😆 macam kucing siam😼dia sangat percayakan Syai sampai sanggup pertahankan maruah Syai☹️tapi Ad geram tau dengan Syai ni sebab keras dia bukan batu biasa dh tapi dh macam Batu Caves tu ha. Tak tahulah how Budriz tu penyabar sangat fuhhh respect beb🫡 but tulah past yg buat Syai jadi keras.. Besttt baca ni kalau nak feel naik roller coaster 🎢Sila baca😏 (Budriz ni bahaya lepas kahwin hohiho)
Saya sudah jatuh cinta dengan tulisan REHAN MAKHTAR sejak saya baca Bahasa Hati Kita. Seperti ada yg menarik untuk baca next, next and next. Cara olahan cerita yg kak RM buat menarik sangat. Ilmu yg dikongsi juga terselit dalam novel ni.
Syaima yg keras hati Dan pendendam. Budriz yg penyabar dan penyayang. Sikap sabar Budriz brjaya hidupkan hati Syaima yg dah mati.
huh ! cite ni mmg buat jiwa sya tertekan xD sakit jiwa uhuk uhuk ..
dari awal cerita lgi sya dah rsa marah, pndai rehan makhtar mainkn emosi dgn jln cite novel ni. jln cita mmg ohsem n terlebih ohsem msa akhir tu, msa c syaima kna fitnah oleh c banggang Faez. kat sini mmg jiwa sya sempit sgt.
syaima ni mmg benci tahap langit dkt ayah dgn mak tiri n abg tiri dia c budriz. knp ? sbb ayah dia kahwin lain. dan ayah dia tinggalkn dia n mak dia yg sakit for the second wife [dia tinggal dgn second wife n budriz]. haila .. ni mmg buat sya pns hti sbb tu blh selami emosi c syaima. isteri skit but c laki tk mau jga n pindah rumah isteri kedua, sape tk pns.
c budriz plak mmg dri kecik lgi cinta mati dgn c syaima. dri sekolah menengah lgi dia ni slalu je bela c syaima dan tanggung kesalahan c syaima. tpi satu, msa ibu syima meninggal, c budriz accident so c ayah ni lebihkn budriz smpai msa jenazah ibu n pengebumian pun dia tk muncul. sa dah slesai bru lah c ayah dtg then minta maaf. hei ! klu aku pun x kn maafkn. tu isteri pertama kau, yg kau lebihkn ank tiri tu psal apa ?! msa ni c syaima 17 thn.
permulaan cita bermula dgn c syaima dgn boyfriend dia c faez nk mkn n c faez pi order. msa tulah dia ternmpak c budriz. msa ni mmg dia rsa marah n dendam sgt. c bud terkejut giler then pi tempat dia. actually msa ni c syaima dah 27 thn. sepuluh th dia lari dri kluarga sbb dia x sanggup dah. lps spm je trus dia lari. kt sini c bud dimalukn oleh c syima. why ? clue air coke. then c bud fitnah c syaima ni dah terlanjur dgn dia kt faez. c faez ni pengecut n percya bulat2 sbb dia nk pompuan suci dan murni. kat sini c bud terima pang oleh c syaima. sian sian.
pendekkan cita, c syima ni diterima kerja [syarikt tu kluarga bud belah ayah kndungan dia punya dan diuruskn oleh aunty sarimah. tpi dia x tau] c syaima rsakn layanan aunty mcm ibu dia. dia rindu sgt dkt ibu dia. haiya.. cite lain xD.. c bud paksa c syima jumpa ayah dia sbb ayah dia rindu giler dkt c syaima. mak c bud kena panggil bonda. bonda ni sebenarnya baik sgt.. c ayah minta maaf tpi c ank dendam. c ayah buat tawaran dgn c ank spaya tinggal kt rumah drg dulu msa ibu msih hidup dan x kn kacau c syaima lgi. sekurang-kurangnya dia tau syaima kt ne. pikir punya pikir, c syaima terima.
then one day, ayah, bonda n bud dtg. mmg c syaima marah smpai x mkn langsung sbb c ayah mungkir janji. c ayah kta dia risau sbb buz kt dia skit smpai x dtg kerja 2 hari. syaima tk dtg sbb dia nk kemaskn rumah n pindah brg2. one night, c syaima nk larikn diri then c bud tarik msk bilik bud. bud tolak dia ats katil. jeng jeng jeng. tetiba pintu terbuka n ayah n bonda terkejut. msa ni c bud sengaja tarik c syaima ats dada dia. msa tu c bud pkai seluar pendek tu. c bud kn mmg ska kt syiama so dia fitnah dia n syaima dah terlanjur. kesian syaima kena penmpar ayah. lgi dia marah sbb ayah lebihkn bud n tk percyakn dia.
nenda c bud ni pentingkn kuturunan. drg keturuan arab. nma nma syarifah n syed kt dpn. dia ade satu je cucu sbb ank dia pertama c aunty sarimah x kahwin lgi sbb apa ? bca sendiri. nenda x setuju sbb syaima ni prempuan biasa. then c bud fitnah c syaima dah mengandung ank dia. hah ! dahsyat kau bud. pendekkn cita, c bud ada mengaku dkt bonda n ayah kebenaran sbnr tpi msa ni bud n syaima dah kahwin. mmg c ayah n bonda marah.
c bud ni kan.. penyayang sgt .. penyabar sgt.. sya pun cair xD tpi c syaima ni sgt lah garang n pendendam. walaupun x pkai tdg tpi c syaima x pernah tinggal solat. tk lma kemudian c syaima pun cairlah c bud. segalanya utk bud. semua dia luahkn. semua dia bgi sbb dah syg sgt dkt bud.
watak len ? c nurina. dia bru plg dri blajar n ska bud. dia keturunan arab jgak sbb dia nenda ska sgt kt dia. tpi dia fhm n dia ni baik actually. ado .. mls dah nk taip.
c nenda kena sakit jantung msa c bud citakn hal sebenar. msa dia skit ni mmg c syaima yg jga. dgn penuh kasih syg sbb msa ni dia dah insaf. nenda koma. msa nenda sedar dia dah blh terima sikit. tpi hancur sbb c faez [dia nk blk syaima n bkn pengecut lgi] dtg hospital then dia peluk c syaima. msa ni nurina, aunty syaima n nenda ternmpak, c faez fitnah c syaima mengandung ank dia, bukti love bit d leher syaima. msa ni syaima dah pkai tudung n bud outstation ke sabah. mmg maarah giler nenda sampai dia pang syaima then syaima pengsan. syaima mengandung tpi ank c bud lah. bud tk percaya fitnah tu okay. fuh! nasub baik.
tpi msa tu lah hti sya sakit sgt .. nk tau knp ? sume sbb nenda smpai c syaima kena buat pilihan. dia terpaksa tinggalkn bud tpi x lma sbb bud jumpa dia. sebenarnya c ayah ni tk bersalah 100% .. nk tau bca kay.
novel ni tklah best sgt tpi mampu utk gerakkan tgn sya bgi full mark. penuh dgn pengajaran n keinsafan. ada juga selitkn teguran agama.
Terlalu emosional untuk saya nikmati. Rasa pening. Kisah Nur Syaima yang rasa terpinggir oleh ayahnya di masa ibunya sakit tenat dan meninggal dunia. Syaima menyalahkan ayahnya dan berdendam kerana pada waktu itu ayahnya telah berkahwin lain. Syaima juga menyalahkan bonda tirinya dan anak tiri ayahnya, Budriz. Dia pergi meninggalkan semua bila ibunya meninggal dunia. Namun 10 tahun kemudian, Syaima terserempak dengan Budriz semasa dia bersama Faez. Budriz menfitnah dirinya dan Faez mempercayainya lalu meninggalkan dia. Sekali lagi Budriz melemparkan fitnah di depan ayahnya sehingga dia dipaksa berkahwin dengan Budriz oleh ayahnya. Syaima menderita tetapi dengan kasih-sayang Budriz, hati Syaima berjaya dilembutkan. Dia diduga sekali lagi bila Faez pula membalas fitnah Budriz. Dan kali ini, nenda Budriz berkeras mahu Budriz meninggalkan dirinya walaupun dirinya berbadan dua dan nenda mahu dia berkahwin dengan pilihannya, Sharifah Nurina. Syaima meninggalkan Budriz untuk menyelamatkan keadaan walaupun dia terluka. Bila Syaima dapat tahu Budriz bersetuju untuk berkahwin dengan Nurina, dia rasa amat kecewa dan tertekan. Budriz dapat tahu dimana Syaima berada dan menyusul dengan nendanya. Rupanya Budriz hanya berlakon. Di sana, kebenaran akhirnya tersingkap bila Faez berterus-terang. Nenda dapat serangan jantung tetapi sebelum dia meninggal dia meminta maaf pada Syaima. Nenda meninggal dunia dann Syaima keguguran. Dia terus murung. Budriz sentiasa ada untuk Syaima untuk merawat dirinya dan hatinya. Setelah melepaskan dendam dan belajar memaafkan, akhirnya mereka bahagia bersama ayah, bonda dan umi mereka.
Basically penulisan Rehan Makhtar adalah bagus. Empat bintang untuk itu
Satu bintang aku tolak sebab tajuknya. "Hadap" which i assume bermaksud "hard up"?. Bukan "hadap" yang bermaksud "arah, berdepan, muka". kenapa perlu guna perkataan itu agaknya?
satu bintang lg ditolak kerana watak lelakinya Budriz yang sangat sangat menjengkelkan. Mungkin kerana aku ini seorang self-proclaimed feminist maka aku benci watak-watak lelaki yang suka membakul sampahkan wanita.aku benci cara budriz cuba untuk memikat syai, walaupun aku tahu niat beliau baik. namun cara beliau menyebabkan aku langsung hilang hormat pada beliau dan menyebabkan aku kerap kali menyumpah seranah beliau sepanjang pembacaan.
buku ini sesuai untuk bacaan mereka yang menggemari watak heroin yang tegas dan punya pendirian. tetapi mungkin tidak sesuai bagi feminis atau pseudo-feminis seperti aku. hahaha.
Nur Syaima.. Keras hatinya dek kerana dendam.. Dendam terhadap ayahnya yang telah berkahwin lain dan mengabaikan ibunya yang sedang sakit ketika itu.. Ayahnya yang menjadikan dia anak yatim piatu sebelum waktunya.. Namun, ada hakikat yang tak pernah dia tahu...yang ibunya meminta dilepaskan dari ikatan perkahwinan demi melihat suaminya gembira..
Syed Ahmad Budriz.. Terdetik cinta buat Nur Syaima, adik tirinya, sejak pertama kali bertemu..
Setelah menghilangkan diri selama 10 tahun, kini Nur Syaima dipertemukan lagi dengan Syed Ahmad Budriz, yang tidak putus-putus berdoa & mengharap dalam mencarinya..
Nur Syaima: "Patutnya dari dulu lagi aku tampar kau, Budriz. Saat kau lepaskan aku daripada ditangkap oleh cikgu displin dulu. Saat kau tak nafikan apabila mereka kata kita bercinta masa tu. Saat itu lagi patut aku toreh muka kau. Dan ini baru permulaan, Budriz. Hanya sedikit pembalasan atas niat kau yang nak cium aku di khalayak umum macam ni.
Syed Ahmad Budriz: "Tamparlah abang, Syai. Makilah abang sebab kesannya dah lama terpahat dalam dada abang sejak dari dulu lagi. Sejak pertama kali kita diangkat menjadi adik-beradik dan yakinlah Syai... memang kita tak ditakdirkan untuk ada hubungan sedarah. Tapi percayalah... satu hari nanti abang akan cantumkan darah kita. Kalau tak, Syai jangan panggil abang Syed Ahmad Budriz."
"Syai jangan pergi. Jangan tinggalkan rumah ini. Jangan buat abang ikat Syai sampai Syai mati!"
Nur Syaima: "Oh, nak ikat aku? Nak ikat dekat tiang rumah? Tiang porch? Atau pagar? Atau pokok tepi jalan sana?" menyoal tanpa mengerti akan apa yang dimaksudkan.
Cintanya yang terlalu dalam hinggakan nekad menikahi Nur Syaima dan akur menerima kebencian Nur Syaima..
Nur Syaima: "Kenapa kau tak sudah-sudah nak rosakkan hidup aku, Budriz? Apa lagi yang tinggal untuk aku sampai macam ni sekali kau pedajalkan aku?"
Syed Ahmad Budriz: "Sebab... abang cintakan Syai. Dari dulu, kini dan insya Allah selamanya."
"Syai tak dapat rasa apa yang abang rasa. Abang sakit hati bila lihat Syai bersama orang lain. Memang abang paksa Faez tinggalkan Syai. Memang abang berani mati bila abang akui yang Syai kandungkan anak abang. Memang salah abang sebab jatuhkan maruah kita tapi abang tak mampu halang hati abang untuk cintai Syai. Sejak dulu, Syai satu-satunya. Dan hari ini, Syai tetap yang satu. Payah sangat ke Syai nak terima abang dalam hidup Syai?"
Nur Syaima: "Aku tak pernah hadap cinta kau! Dan kau sendiri adalah suami yang aku tak hadap! Tak mungkin dan tak akan aku anggap kau sebagai lelaki yang sah di sisi aku. Tak akan!"
Allah Maha Berkuasa.. Cinta itu datang dari-NYA. Kerasnya hati Nur Syaima, terlentur juga dengan kesabaran Syed Ahmad Budriz.
Syed Ahmad Budriz: "Allah tak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya, sayang. Sayang mampu, sebab tu terduga. Abang mampu, sebab tu abang cinta."
"Sebab tu abang ikat Syai jadi isteri abang. Abang cintakan Syai. Abang nak ubati sakit tu. Abang nak halau jauh-jauh rasa perit tu. Abang nak gantikan benci tu kepada sayang dan Syai sendiri akan senyum kala menikmatinya."
"Abang ingin buat sayang bahagia. Maafkan bila abang tak sempurna. Inilah diri abang yang ingin selalu di samping sayang. Abang tahu tiada siapa yang sempurna yang ada di bawah langit ini. Sebab tu abang perlukan Syai untuk lengkapkan abang dan menjadi kesempurnaan kepada Syai."
“Lain kali, masa makan jangan renung abang. Kan dah tergoda. Sampai tak sedar telan nasi panas.”
“Dulu arwah ibu Syai selalu cakap kat abang apabila abang ke sana. Syai rajin ke dapur. Boleh diharap. Abang nak rasa pula. Dah lama abang tunggu. Bertahun-tahun kut nak rasa masakan Syai. Hari ini tercapai juga.”
“Sayang adalah amanah. Abang dah lafaz janji. Bukan dengan manusia tapi dengan Allah untuk menjaga seorang isteri ini hingga ke akhir hayat abang. Tapi isteri abang pun, harapnya ikhlas menerima keikhlasan abang ini.”
“Sayang... Abang tak sempurna. Abang juga tak baik dan tak hebat sangat dalam agama tapi insya Allah, akan ada untuk kita sama-sama didik diri kita. Sebab tu abang terus bersabar biarpun berbelas-belas tahun melayani kerenah Syai. Sebab... api tak mampu kita padamkan dengan api. Sebab tu abang terus siram Syai dengan kasih sayang.”
Nur Syaima: “Syai minta maaf.”
Syed Ahmad Budriz sentiasa memaafkan.. Tidak putus asa dalam mencipta dan melahirkan rasa cinta bersulamkan usikan dan gurauan.. Sentiasa menerangi kegelapan Nur Syaima.. Dan Nur Syaima akui dan mula menerima.. Perkahwinan yang bermula dengan seribu keperitan namun Allah gantikan dengan sejuta kemanisan.. Jika dulu, Syed Ahmad Budriz lah yang paling Nur Syaima benci, tapi kini, segalanya bersatu menjadi miliknya. Hati, jiwa, jasad dan perasaan ini ada Syed Ahmad Budriz..
Nur Syaima: “Kut ya pun, pakailah selipar dulu. Terus tak nampak gaya head boy yang segak dulu.”
Syed Ahmad Budriz: “Maknanya dari dulu memang Syai tak lepas pandang abanglah, ya?.
Nur Syaima: “Syai minta maaf. Syai silap menilai semua orang hanya kerana ayah. Syai salah. Ampunkan Syai.”
Syed Ahmad Budriz: “Apa sahaja yang pernah terjadi, biar saja terjadi. Kita sama-sama silap kesan daripada orang tua kita. Tapi yakinlah, pasti segalanya bersebab. Allah tak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.”
“Ingat tak dulu abang pernah cakap, suatu hari nanti abang akan jadi suami yang Syai nak hadap. Suami yang Syai nak hadap setiap saat dan ketika hingga jasad ini...dimamah tanah dan roh ini kembali kepada Pencipta. Itu janji abang dan terima kasih sebab kotakan janji abang.”
Nur Syaima: “Syai sayangkan abang. Dari dulu.. Mungkin cuma baru sekarang Syai sedar semua ini.”
Syed Ahmad Budriz: “Tak mungkin abang sia-siakan amanah Allah ini.. Syai adalah amanah arwah ibu, amanah ayah dan amanah Allah. Sayang adalah pemilik hati.”
“Sayang adalah isteri abang yang akan abang kongsikan seluruh hidup ini. Dalam bahagia dan derita, kekallah bersama abang.”
“Bersaksikan cinta kepada Allah dan cinta abang kepada Syai, setiap malam abang bertasbih kepada-Nya berharap agar Dia bawa hati kita mendekat. Berharap agar Tuhan menolak Syai menjadi milik abang. Ternyata, istikharah cinta abang hanya ada Syai dari dulu hingga kini. Kekallah di sisi abang sepertimana abang tetapkan hati berbelas-belas tahun memburu kasih wanita yang abang cinta.”
Nur Syaima: “Abang ialah suami yang Syai tak hadap. Dari dulu lagi tapi setelah apa yang terjadi, abang adalah suami yang Syai nak pandang selagi mata ini mampu melihat, hati ini mampu merasa dan jantung ini bisa berdegup.”
Kata Puan Jalina, bonda Syed Ahmad Budriz: “Dalam hati Riz tu, adik dia aje ada. Daripada jadi adik, sampai jadi buah hati dan hari ni dah jadi isteri. Nama Nur Syaima aje ada dalam hati anak bonda tu. Bonda tahu sangat tu.”
Entah berapa kali aku tercair ngan bait-bait kata Syed Ahmad Budriz.. Hmmm.. ;)
tak tahula nak review macam mana tapi buku ini cukup rencah tapi lebihnya rencah sedih, geram and derit. haih. permulaan cerita, kalau aku jadi Syaima pun aku pun turut geram dengan kehadiran Budriz. semakin syaima menjauh semakin budriz tu mengejar. namun takdir dh tertulis indah. sejauh mana pergi atau sejauh mana syaima menolak pun budriz tetap dengan pendiriannya untuk menjadikan syaima sebagai suri hatinya yang sah. di kala syaima mula menerima takdir yang agak pahit ini, datang pula badai melanda. badai dari keluarga budriz sendiri. jujur aku kata, aku gerammm betul la lagi2 nenda si budriz ni, haih ya allah. kehadiran nurina mula2 agak menjengkelkan tapi fuh nasib dia bukan seperti yang aku sangka. syaima pun aku geram jugak kekadang. nak kan kebahagiaan tapi dia sendiri yang mendiri sebab terlalu fikirkan orang sampai diri sendiri terluka. tapi aku suka buku ini huehuehue. as always, RM punya cerita jarang tak mainkan perasaan gue. overall, nak tanya. syed ahmad budriz ada jual kat shopee tak? kalau ada, semoga free shipping. hehe jokes :) thanks
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ok novel ni mula2 meluat dgn budriz sbb perangkao adik dia syaima. Pastu lps dah kawin tu eh jatuh cinta pulak dgn budriz sbb perwstakan dia yg cukup sabar dgn amarah dan dendam isterinya. Akhirnya syai pun dpt terima budriz asbab sifat dia tu. Novel best. Pain bahagia lps tu pain lagi dan bahagia lagi.