Jump to ratings and reviews
Rate this book

Libraries and the Development of Civilization

Rate this book
Libraries and the Development of Civilizations is an essay by the late renowned Malaysian social theorist and professor, Syed Hussein Alatas. His last piece of writing before his passing in 2007, this slim volume contains his thoughts on the library as an institution and the role it plays in developing the minds of people.

The reader is given a glimpse into Alatas’ book collection. Given his long career as an academic, the titles he read span a wide range of topics, emphasizing Alatas’ belief in the pivotal role of libraries in building thinking societies through the handing down of knowledge.

30 pages, Paperback

Published January 1, 2025

2 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Syed Hussein Alatas

28 books157 followers
Syed Hussein Alatas (September 17, 1928 – January 23, 2007) was a Malaysian academician, sociologist, founder of social science organizations, and former politician. He was once Vice-Chancellor of the University of Malaya in the 1980s, and formed the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Syed Hussein wrote several books on corruption, multi-racialism, imperialism, and intellectual captivity as part of the colonial, and post colonial, project, the most famous being The Myth of the Lazy Native.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (31%)
4 stars
21 (55%)
3 stars
5 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews167 followers
September 25, 2023
On how Syed Hussein Alatas borrowed 400 books in nine months from The Library of Congress when he is a fellow researcher in Woodrow Wilson Centre, Washington D.C. where he got the privilege to borrow unlimited amount of books before he produce his book on Corruption.

According to Alatas, even though we can get English book in the libraries in Southeast Asia, the level of intellectual is not on par with the discourse in the West because of the lack of excellent collections in our libraries which eventually lead to the paucity of deep analysis and concepts in Asia works. Marx wrote The Communist Manifesto (1848) and Das Capital (1867) with the help of conducive and excellent collections of British Museum Library which eventually sparks the Communist movement and Soviet Revolution.

At the end of this paper, Syed Hussein Alatas mentions that all statements in university aiming to achieve creative thinking and education excellency is plainly a rumour unless it was supported by excellent libraries, dedicated librarians and serious scholars who reap a raw intellectual data from the libraries itself.
Profile Image for Farid Akram.
107 reviews17 followers
August 14, 2023
Buku ni merupakan salah satu makalah yang telah dibentang dalam kolokium antarabangsa anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pada 2 & 3 Ogos 2004 juga diterbitkan dalam buku berjudul Libraries and The Malay World (ATMA,2009).

Penulis menerangkan secara ringkas perkembangan perpustakaan dan kesannya terhadap perkembangan tamadun.

Dia juga menekankan pentingnya sesebuah perpustakaan itu dibangunkan dengan bahan yang berkualiti agar ia menjadi sebuah pusat rujukan kepada masyarakat.

Bila difikirkan kembali, pelbagai soalan boleh kita timbulkan seperti perkembangan budaya ilmu, budaya membaca, pemilihan bahan perpustakaan dan sebagainya yang berlegar sekitar kita kerana kesemuanya menentukan bagus atau tidak sesebuah perpustakaan itu.
Profile Image for Faiz • فائز.
321 reviews3 followers
June 20, 2024
Syed Hussein Alatas, melalui tulisannya yang ringkas ini memerihalkan peranan perpustakaan, sebagai sebuah bangunan yang menempatkan skrip bertulis terhadap perlambangan kemajuan dan perkembangan tamadun umat manusia.

Hujah beliau melalui buku nipis ialah fahaman Marxisme yang menjadi batu asas kepada gerakan komunis dan Kesatuan Union digagaskan oleh Karl Marx dengan bantuan (Reading Room) British Museum. Selain itu, Owen Wister, seorang penulis Amerika telah menjadi penyumbang (secara tidak langsung) kepada dunia Hollywood yang kini telah mencecah nilai jutaan dolar, melalui bukunya, "The Virginian".

Walaupun penulis tidak berkeupayaan menjelaskan dengan terperinci akan peranan perpustakaan dalam perkaitannya dengan ketamadunan manusia (sekadar pendapat saya) melalui contoh yang serba ringkas ini, kita tidak boleh menafikan peri pentingnya perpustakaan sebagai tempat yang mengumpul, menyalur, menyusun, menyebar, menjana dan membekalkan maklumat serta pengetahuan kepada para sarjana dan manusia umumnya. Falsafah kepustakaan; tujuan perpustakaan dibina, inilah yang paling utama!

Satu hal lagi saya kira penting ialah peranan ibu bapa dalam membentuk, mendorong dan menerapkan kecintaan anak-anak terhadap buku. Ibu penulis, Sharifah Raguan Alaydrus merupakan sosok penting kepada penulis pada permulaan perjalanan beliau bergelumang dengan buku (seperti yang disebut pada bahagian kata pengantar oleh Syed Imad Alatas).

Maka, saya berpandangan bahawa perpustakaan itu tidaklah harus terdiri daripada bangunan khusus yang menempatkan ribuan buku semata-mata, namun yang lebih utama ialah kemampuannya dalam mencapai tujuan-tujuan yang disebutkan di atas.

Sedikit tambahan, disebutkan bahawa beliau (Syed Hussein Alatas) sering membeli buku baharu. Entah dibaca, entah tidak. Namun satu hal yang pasti ialah beliau gemar dikelilingi buku.

Membaca sisi peribadi penulis ini turut juga mengingatkan semula saya kepada al-Jahiz, tokoh besar Mukhtazilah yang dikhabarkan meninggal dunia kerna ditimpa timbunan buku sendiri. Alangkah indahnya mati di sisi hal yang kita cintai…

[Tambahan: Hasil terjemahan kurang memuaskan. Saya merasakan maksud sebenar penulis terhambat dek kerancuan pemilihan dan penyusunan perkataan asal.]
Profile Image for Abim.
18 reviews1 follower
June 14, 2025
Buku kesebelas untuk tahun 2025. Sepatutnya minggu lepas (minggu pertama raya) boleh habiskan paling kurang sebuah buku. Kalau begini gaya pembacaannya, memang susah mahu capai 50 buah buku setahun (ini adalah jumlah purata buku yang dibaca oleh penduduk di negara maju) maka kena tanam nekad yang kuat selepas ini. Buku ini nipis sahaja di mana hanya 21 muka surat yang menulis tentang hujah mengapa perpustakaan itu penting dan falsafah kepustakaan. Apa yang boleh difahami, untuk menjadikan sesebuah perpustakaan mencapai tujuan pembinaannya (falsafah kepustakaan) maka syarat ini harus dipenuhi.

1) Perpustakaan haruslah menjalankan budaya toleransi di mana tidak fokus hanya pada satu pandangan atau aliran sahaja. Ia harus meraikan kepelbagaian.

2) Perpustakaan haruslah disusun dengan kemas dan rapi agar mudah untuk orang ramai merujuk bahan bacaan.

3) Perpustakaan haruslah ada bahan sastera klasik.

4) Perpustakaan haruslah diisi dengan buku yang berkualiti agar mampu meningkatkan pembentukan watak, kepekaan dan pembangunan intelektual.

Menurut aku kalau dibandingkan dengan buku ini dengan yang buku lain berkaitan juga dengan perpustakaan iaitu Perpustakaan Penggerak Peradaban karya Shaharom TM Sulaiman, buku ini agak kurang. Mungkinlah buku ini tujuannya hanya untuk membicarakan tentang kepentingan perpustakaan secara asas sahaja. Tidak begitu mendalam seperti buku Shaharom TM Sulaiman.

Ada satu persoalan bagi aku yang agak menarik untuk dibincangkan. Sebenarnya persoalan ini sudah lama dalam benak fikiran aku semenjak menonton filem Boy From Heaven karya Tarik Saleh iaitu persoalan pengharaman buku. Kalau baca buku ini dan kemudian tonton filem tersebut, kau tidak berhenti bertanya-tanya, adakah tindakan mengharamkan sesebuah buku oleh kerajaan adalah tindakan yang relevan bagi menjaga keamanan masyarakat?

Di dalam filem Boy from Heaven, Adam (watak utama yang merupakan anak kepada nelayan) dilarang membaca buku Sayyid Qutb kerana buku tersebut dianggap mempengaruhi seseorang untuk menjadi pengganas kerana bercanggah dengan pendirian kerajaan yang mengamalkan pendekatan sekular. Manakala di dalam buku ini pula, penulis mengambil contoh penghasilan buku oleh Karl Marx seperti Manifesto Komunis dan Kapital di mana juga dihasilkan daripada hasil telaahnya di Perpustakaan London. Karya tersebutlah yang memberi sumbangan kepada penciptaan gerakan Komunis dan Kesatuan Soviet.

Entahlah. I don't know. Aku pun tidak setuju dengan pengharaman buku. Ilmu dalam apa jua bidang keilmuan dan pandangan harus diraikan seperti mana dalam syarat yang pertama disebutkan di atas kecuali buku healing dua baris. Ini hanyalah sekadar persoalan dan pertarungan yang berlaku dalam fikiran aku dan sekadar melontarkannya kepada kalian semua.
Profile Image for Benz.
Author 20 books101 followers
October 16, 2024
Lagi buku Inggeris gw baca tahun ini. Kebetulan kedua-duanya karangan Alatas.

Alatas seperti biasa menyelongkar ke akar-akar. Alatas meski seorang pengkritik Marxism terutama yang dibawa oleh anak bumi seperti Tan Malaka, Alatas tidak bertapis-tapis dalam mengkritik sikap anak buminya yang bersikap leha dalam membangunkan perpustakaan selepas habis tamatnya penjajahan. Berbeza dengan Barat, yang mana Alatas tinggal dan belajar di sana lama, perpustakaan di sana makmur dan meriah dengan mewahnya buku-buku yang begitu banyak. Berbeza dengan negara-negara bekas jajahan -tidak termasuk Singapura- yang perpustakaannya sangat miskin dan daif serta buku-buku yang tak berkualiti dan bermutu tinggi. Alatas membezakan budaya membaca buku dengan budaya perpustakaan. Perpustakaan harus mengandung pelbagai buku yang menarik dan penting. Monumen utama yang penting di universiti ialah perpustakaan, dan perpustakaan tak boleh miskin dan kedekut untuk mendapatkan buku-buku berkualiti apatah lagi yang langka. Itu jika kita hendak menjadi negara maju.
Profile Image for siso.sofy.
254 reviews4 followers
December 22, 2023
Perpustakaan menjadi pusat kuasa untuk semua jenis kegiatan, di mana yang paling penting ialah penyebaran ilmu pengetahuan. la bukan sahaja terhad kepada orang ramai yang mengunjungi perpustakaan untuk membaca buku dan penerbitan lain. la juga bagi penulis mengumpul bahan dan menulis buku untuk bacaan popular dalam pelbagai bidang.
Profile Image for Farhan Safwan.
7 reviews1 follower
August 2, 2024
Sebuah buku yang baik dalam memulakan wacana kepustakaan dirantau ini. Antara tema yang dibincangkan adalah fungsi dan tujuan perpustakaan menurut tokoh-tokoh Eropah, peranan pustakawan dalam memupuk semangat intelektual dan demokrasi masyarakat terhadap budaya keilmuan serta kemunculan mesin cetak yang menggiatkan lagi amalan penyimpanan bahan bercetak bagi bacaan generasi akan datang.

SHA banyak menyinggung masyarakat Asia Tenggara yang kurang menghargai budaya kepustakaan ini berbanding dunia Barat. Istilah dunia "Timur dan Barat" juga ada dibincangkan dalam buku ini. Kritikan saya terhadap buku ini, SHA seakan menafikan bawah masyarakat Asia Tenggara tidak ada amalan kepustakaan sebelum abad ke-17 walaupun pendidikan ketika abad itu hanya tertumpu kepada dogma agama dalam kalangan bangsawan dan kerabat istana.

Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah bagaimana sebuah gerakan/ideologi yang mengubah landskap perpolitikan dunia berasal dari sebuah perpustakaan (dan budaya membaca). Hal ini sangat memberi kesan kepada saya bahawa, perpustakaan yang lengkap dengan manuskrip, rujukan, karya agung dan buku-buku berkualiti mampu menghasilkan perubahan yang cukup besar pada manusia. Benarlah bahawa perpustakaan adalah reaktor nuklear peradaban menurut SHA.
Profile Image for Izzat Isa.
410 reviews50 followers
June 24, 2024
Isu yang diketengahkan amat menariknya. Melihat peranan dan sumbangan perpustakaan dalam perkembangan tamadun manusia secara keseluruhannya, sama ada daripada aspek kepentingannya mahupun masalah yang timbul. Sayangnya buku ini agak terlalu pendek walaupun saya faham, ia adalah sebahagian daripada makalah akademik. Masih tak puas membaca.
Profile Image for Ezlin Ilyana.
12 reviews1 follower
September 14, 2025
Di dalam buku ini Syed Hussein Alatas (SHA) mengutarakan peri pentingnya peranan perpustakaan di dalam membina sesuatu tamadun. Buku ini tidaklah setebal mana hanya merupakan salah satu daripada banyak esei-esei hasil karangan SHA dan merupakan antara tulisan terakhir olehnya sebelum beliau meninggal dunia.

Perpustakaan dilihat amatlah penting bukan sekadar tempat menyimpan buku-buku atau naskah-naskah penting, warisan sejarah, fiksyen dan sebagainya. Tetapi perpustakaan menjadi tempat menelaah dan mengkaji serta memperolehi maklumat untuk dijadikan pula hasil ilmiah yang boleh dan akan membantu pembaca untuk menghasilkan pula karya ilmiah lain yang bermutu untuk generasi seterusnya. Malahan SHA sendiri sering menghabiskan masa di perpustakaan dan beliau sendiri tidak melepaskan peluang residensinya di Woodrow Wilson Centre, Amerika Syarikat sebagai felo pengkaji telah memberikannya akses kepada Library of Congress yang membantunya menghasilkan buku Corruption: In Nature, Causes and Functions yang diterbitkan pada tahun 1990.

Manakala di suatu sudut yang lain, jika tidak kerana Karl Marx yang berasal dari Jerman itu menghabiskan masa berbulan lamanya menelaah dan mengkaji melalui buku-buku yang terdapat di British Museum - maka mana mungkin terhasilnya karya monumental seperti Communist Manifesto dan Das Kapital berjaya diterbitkan dan seterusnya memberi impak kepada pemikiran ekonomi dunia.

Di dalam ini juga SHA menyebut tentang peri pentingnya juga peranan pustakawan dalam membantu para pembaca/pengguna perpustakaan untuk mengenalpasti atau mengesyorkan buku-buku yang sesuai kepada pengguna. Seorang pustakawan perlulah juga berilmu dan mahir dalam mengenalpasti letak duduk dan jenis serta isi kandungan bahan bacaan yang diselia di sesuatu perpustakaan itu.

Perpustakaan dilihat sebagai pusat kuasa untuk semua jenis kegiatan dan yang paling penting sebagai sumber penyebaran ilmu pengetahuan.

Satu lagi fungsi asas perpustakaan adalah untuk kita mengetahui sejarah silam kita, identiti kita dan perubahan yang dilaluinya. Tamadun Eropah menyediakan maklumat yang sangat kaya tentang data sejarah, berkat keghairahannya kepada rekod bertulis dan memeliharanya untuk generasi seterusnya.

Kerajaan-kerajaan silam yang mahsyur dahulu kala seperti Kerajaan Islam di Andalusia juga amat menekankan peri pentingnya peranan perpustakaan sebagai sumber rujukan dan maklumat untuk ilmu pengetahuan umat.

Tetapi sekarang aku mula terfikir, adakah generasi kini menggunapakai perpustakaan yang ada dengan sebaiknya atau hanya lebih mudah bertanya kepada Chat GPT?
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.