Goodreads Malaysia discussion
Arkib Buku Impak Maksima
>
Panduan Buku Impak Maksima
date
newest »

Ok, idea bagus. Takat ni belum ada buku yg saya baca yg memberi impak maksima kpd saya melainkan Quran. Kalau buku fiksyen...belum ada.

Aidura, bukalah thread Tuhan Manusia :) - sangat dialu-alukan. Saya selalu baca buku TM ini separuh jalan, mudah-mudahan bila baca komentar orang lain, boleh habis sampai hujung jalan.
Khairul,
Qur'an itu sudah dipedestalkan, above topik2 impak maksima. Mungkin sesuai sebagai topik impak big bang.
Qur'an itu sudah dipedestalkan, above topik2 impak maksima. Mungkin sesuai sebagai topik impak big bang.

Haryati, jomlah, tahun ni kita sama-sama habiskan Tuhan Manusia. Saya lebih kurang juga, dah 2,3 kali cuba habiskan belum berjaya.
Faizah, ye ke? Sebenarnya tiba-tiba terfikir itu macam memuja budaya jalanan dalam filem tu. He he he. Kalau ramai yang nak tukar semula, tak ada masalah.


Sudah lama saya mencari Tuhan Manusia, tetapi tiada dijumpai. Ujana Ilmu juga tidak kelihatan. Kalaulah ada sesiapa yang ingin berkongsi.

Salam,
Buku ini sudah kembali berada di Ujana Ilmu. Pautannya seperti biasa : http://www.ujanailmu.com.my/pd_tuhan_...
Harap maklum.
Terima kasih.
Nisah Haron
www.ujanailmu.com.my

Uhh! Berpeluh. Novel ni sedikit sebanyak boleh membantu kita menjadi Muslim yang extraordinari.
Boleh tak kita cuba format ni, rakan-rakan mod? Saya perasan sedikit masa dulu Bunnybaby ada cadangkan jika mahu diskusikan buku khusus, buka thread discussion yang memang disediakan oleh GR pada buku tu sendiri, tapi demi merancakkan GR Malaysia, mungkin boleh di sini? Sebab saya ada cuba ajak sesiapa sahaja diskusikan buku Sejarah Melayu yang saya tengah baca di thread discussion yang disediakan, tapi sebab hanya bila orang klik buku itu sahaja baru thread itu kelihatan, tentu lebih sukar nak dapatkan maklum balas.
Sebenarnya format ini bukan idea tulen saya, saya ternampak di salah satu grup GR lain tapi dah lupa yang mana.
Syarat buku
berimpak maksimayang boleh didiskusi di ruangan ini, saya rasa biar terbuka. Sesiapa yang rasa buku tu menarik dan mengesankan pada dirinya, dia boleh ajak rakan-rakan GR di sini diskusikan di sini :)Ada cadangan lain, sangat dialu-alukan.