Goodreads Malaysia discussion

25 views
Makan Buku, Minum Buku... > P.G. Wodehouse

Comments Showing 1-5 of 5 (5 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 544 comments Assalamu`alaikum



Saya nak tanya ada orang pernah baca P.G. Wodehouse tak?

I'm interested in buying the whole set

Sebab harganya murah..


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Oct 06, 2010 10:02PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya pernah baca Wodehouse tapi saya hanya baca buku Jeeves & Wooster sahaja. Dua-dua karakter ni yg paling popular dalam kanun Wodehouse.

Jalan ceritanya semua lebih kurang sama:

1) Protagonis seorang lelaki British kelas atasan atau paling kurang pun kelas pertengahan-atas (upper middle class)

2) Protagonis hati baik tapi otak tak berapa sangat.

3) Suka perempuan sorang ni tapi, (a) perempuan tu tak tau si lelaki suka dia, (b) keluarga si perempuan tak suka si lelaki, (c) keluarga si lelaki tak suka si perempuan

4) Rakan-rakan si lelaki bodoh bangang tapi kaya raya (upper class twits, rich but stupid)

5) Karekter Makcik-makcik dan ibu-ibu dalam buku-buku Wodehouse selalunya spesis Joyah dan Mak Datin.

6) Orang gaji lebih cerdik dari majikan mereka (Jeeves lebih cerdik dari Wooster).

begitulah sedikit sebanyak. Wodehouse ni tak boleh baca semua bukunya sekaligus sebab karaekter mungkin lain tapi jalan cerita lebih kurang sama. Kalau baca satu-satu mesti cepat bosan. Saya syorkan Aini baca Very Good, Jeeves dan Meet Mr. Mulliner (dua buku dalam gambar di atas) dahulu sebagai pengenalan. Setting cerita Wodehouse kebanyakannya di era-1920an dan 1930an. Buku-buku dlm gambar tu semua koleksi cerpen.

Siri Jeeves & Wooster ni ada diadaptasi ke TV dan sudah di-DVDkan. Wooster dilakun oleh Hugh Laurie (Dr. House, Blackadder, Stuart Little) dan Jeeves oleh Stephen Fry (narrator dlm siri kanak-kanak, Pocoyo).


message 3: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 544 comments Wah, thank you for such detailed comment describing the book.

Kebetulan turun amcorp mall tadi, I bought the book that you recommended. Mujur tak beli the whole set, hehe (I read this after I bought the book). Tengok-tengok ter'beli' buku lain :P.


message 4: by Suzainur (new)

Suzainur | 163 comments Satira Wodehouse sangat bersahaja, tapi agak dated dan sangat class conscious. Jika tak dapat membayangkan gaya hidup kelas atasan di Eropah atau Amerika Syarikat pada awal kurun ke20, mungkin keseronokan pembacaan itu agak kurang.

Secara peribadi, humour bersahaja Wodehouse amat saya gemari. Biasa bila membaca dahulu akan gelak golek2 seorang diri.


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ya, setuju dgn Suzainur. Saya boleh bertoleransi dgn cara tulisan Wodehouse dan karekter kelas atasannya kerana saya sering membaca/menuntun cerita sebegini sebelum 'menyelam' ke dalam dunia Jeeves & Wooster.

Kalau org yg anti-British atau anti-kelas atasan memang le tak suka karya-karya Wodehouse, walaupun Wodehouse sebenarnya menyindir org-org upper class ni.


back to top