Goodreads Malaysia discussion

86 views

Comments Showing 1-10 of 10 (10 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 08, 2011 10:39PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Bila memilih buku untuk dibaca, adakah rating buku di GR mempengaruhi pemilihan rakan-rakan di sini? Adakah rating itu tepat/tersasar, pada pendapat anda?

Bagi saya, cuma sekali-sekala check rating buku sebelum membeli terutama buku-buku dalam bidang yang diminati contohnya travelog, biografi dan buku mengenai buku. Tetapi bila membeli fiksyen selalunya agak terpengaruh dengan rating orang lain dan ulasan yang mereka berikan.

Ini kerana adakalanya selepas membaca fiksyen yang tidak berapa bagus, apabila melihat rating, sememangnya rendah berbanding buku fiksyen yang dinilai bagus oleh pembaca lain. Cuma sesekali sahaja tersasar, lebih kepada penerimaan terhadap sesuatu tema/isu yang diketengahkan.


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jun 08, 2011 11:31PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Rating mungkin mempengaruhi saya sedikit. Bukan apa, saya sengaja mencari alasan untuk tidak membeli sesuatu buku itu dan agak sukar untuk tidak membelinya jika ratingnya tinggi. Ketika saya mencuci mata di Amazon, saya sengaja membaca review yg memberi rating rendah (1 bintang, 2 bintang) semata-mata nak pujuk diri jgn beli sebab dah bertimbun buku di rumah belum dibaca.

Di GR ni saya lebih suka kalau si pembaca memberi alasan mengapa mereka beri rating rendah, sederhana atau tinggi. Ramai yg memberi rating tinggi atau rendah tapi tak memberi sebab mengapa (saya pun buat macam tu masa mula-mula jadi ahli dulu hehe).

Tetapi saya tidak terpengaruh langsung oleh ahli GR yg asyik beri 5 bintang atau 1 bintang kepada semua buku yg dibaca. Takkan semua buku 5 bintang/1 bintang? Mustahil.


message 3: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Bergantung. Jika penulis yang kita dah biasa, jarang terpengaruh. Saya lebih terpengaruh dengan ulasan berbanding rating, terutama jika pengulasnya mempunyai citarasa yang sama ataupun hampir sama dengan saya.

Tapi kalau memilih buku untuk koleksi perpustakaan, memang saya akan check keseluruhan, termasuk rating dan review (negative and positive).


message 4: by Juliana Es (last edited Jun 09, 2011 02:14AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul H. menulis: "Ramai yg memberi rating tinggi atau rendah tapi tak memberi sebab mengapa (saya pun buat macam tu masa mula-mula jadi ahli dulu hehe)."

Dan saya masih lagi buat begitu sesekala sekarang ni. Adakala idea untuk review tu belum datang walaupun kita dah habis telaah buku tersebut. Adakala kita turut membaca 2-3 buku lain, maka buku yang dah dihabiskan tu sempat diberi rating sahaja tanpa alasan dan ulasan, sebab nak kejar atau sambung baca buku lain.


message 5: by fahmee (new)

fahmee (gorgom22) | 40 comments Bagi saya, rating itu memainkan peranan yg pertama. Semakin ramai yg memberikan rating yg tinggi secara purata, semakin bersemangat saya membelinya. Sekarang ini setelah menyertai GR, saya menggunakan app BookScanner sebelum membeli buku secara impuls. Ini bagi mengurangkan kekecewaan setelah membaca buku tersebut.


message 6: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments Rating buku sangat subjektif dan saya tak minat nak jadikan rujukan tatkala membeli buku. Saya sendiri tak akan letak rating 1 atau 5. Tiada yang perfect, tiada yang terlalu teruk. Kalau terlalu teruk, buku itu sepatutnya direject dahulu oleh editor dan tidak akan diterbitkan. Kalau 5, saya kira sipembaca sangat bermurah hati - sama ada dia suka (gila) dengan cerita atau jatuh cinta dengan penulisnya.

Saya lebih senang membaca review. Maksudnya review yang panjang dan benar-benar review. Bukannya yang bertulis - saya suka buku ini atau saya tak tahu kenapa hero harus mati atau saya tak suka endingnya.

Seperti yang pernah saya katakan dalam blog sendiri, saya spesis manusia yang mudah terpengaruh. Tetapi, saya cuba bersikap adil dengan cuba tidak menghakimi buku-buku berdasarkan apa yang orang lihat sebelum saya membacanya.

Kesimpulannya seolah-olah saya akan membeli semua buku, tetapi tidak semua buku akan saya beli :-)

Selalunya saya akan terpengaruh, dan selalu juga saya mengelak dari terpengaruh.

Link blog saya berkenaan isu ini:
http://norziati.blogspot.com/2011/06/...


message 7: by Laili (new)

Laili (stnrll) | 132 comments Ya. Penilaian sesebuah buku di Goodreads sangat mempengaruhi saya.


message 8: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Nope. Ratings have never affected me. Sebab dah berapa kali dah baca buku yang menang awards tapi banyak yang disappointing, heh.

Sendiri baca, sendiri rate. Better that way.


message 9: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments kadang2 ye.. kadang2 tak...

tgk je la.. kalau rating kekal over 4. and rating org beribu2. Mesti la bagus kan?

tapi tu kalau waktu ketandusan idea nak cari buku...


message 10: by iramahati (new)

iramahati melody | 75 comments Saya tak tengok rating. Not affecting me.

Tapi saya mengaku mudah terpengaruh dengan thread ulasan/diskusi pembaca. Beberapa buku yang saya beli/baca hasil terpengaruh dengan ulasan/diskusi memang mendatangkan kepuasan. Mungkin sebab dari diskusi tu sendiri dah tau apa isi penting buku tu, dan awal-awal lagi kita dah dapat tengok sama ada isinya boleh menarik minat kita atau tidak.

Saya selalu kecewa dengan senarai buku "the book one must read before one dies". Kadangkala terpengaruh dengan ini jugak. Tapi beberapa buah buku sudah tergantung sebab tak mampu nak teruskan bacaan, maka sekarang saya agak teguh hati dengan listopia. Hehe.


back to top